OrderSiapSiap adalah sebuah webapp yang membolehkan anda, sebagai peniaga bisnes makanan online, kumpul order dengan mudah. Saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh menggunakan OrderSiapSiap dalam bisnes anda.
Nota: bagi yang suka belajar secara visual, boleh tengok video ni:
Mendaftar Akaun
Pertama sekali, anda perlu mendaftarkan akaun di https://nak.ordersiapsiap.my/register untuk mula menggunakan cara mudah ini.
Maklumat-maklumat berikut diperlukan:
- Nama perniagaan
- Nombor telefon yang digunakan oleh customer anda untuk WhatsApp anda
- Emel
- Katalaluan untuk anda login nanti
Menambah Produk
Kemudian anda perlu memasukkan produk yang anda jual ke dalam sistem supaya customer anda boleh membuat tempahan.
Klik pada butang “Add” untuk menambah produk baru.
Masukkan nama serta harga produk anda, kemudian klik pada “Save” untuk menyimpan.
Anda boleh menambah produk-produk lain anda juga.
Menambah Lokasi Penghantaran
Selepas anda selesai memasukkan produk-produk anda, anda perlu memasukkan lokasi-lokasi penghantaran yang anda sediakan.
Anda boleh klik pada “add delivery locations” untuk menambah lokasi penghantaran baru.
Tekan pada butang “Add” untuk menambah lokasi penghantaran baru.
Anda perlu memasukkan maklumat lokasi serta caj penghantaran untuk lokasi tersebut (Delivery Rate). Seperti dalam contoh di atas, caj penghantaran ke Skudai adalah RM3.
Jika caj penghantaran adalah percuma, anda boleh biarkan medan “Delivery Rate” kosong sahaja. Klik “Save” untuk menyimpan maklumat lokasi penghantaran tersebut.
Anda boleh menambah lagi lokasi-lokasi penghantaran lain dengan kadar penghantaran yang berbeza.
Mendapatkan Link dan Meletakkannya Dalam Iklan
Setelah anda selesai menambah lokasi-lokasi penghantaran, anda boleh terus ke Dashboard. Klik pada “Head over to the dashboard”.
Anda akan mendapat link anda pada paparan dashboard.
Klik pada butang “COPY LINK” untuk anda paste link tersebut dalam iklan-iklan anda. Contoh yang lebih jelas boleh dilihat dalam video ini: https://youtu.be/3cj5Pe5KOi0
Customer Membuat Tempahan
Apabila customer anda menekan link yang anda letakkan dalam iklan-iklan anda, mereka akan dihadapkan dengan paparan seperti berikut:
Customer anda boleh memilih produk-produk yang ingin mereka beli dengan menekan butang “ADD TO ORDER”.
Setelah customer anda selesai memilih produk, mereka boleh klik pada “CHECKOUT”.
Pada paparan CHECKOUT, customer anda boleh melihat jumlah yang perlu dibayar, serta produk-produk yang telah mereka pilih.
Customer anda perlu memilih lokasi penghantaran serta beberapa butiran lain sebelum mereka “CONFIRM ORDER”:
- Nama
- Nombor telefon
- Alamat
Setelah customer anda menekan butang “CONFIRM ORDER”, order tersebut akan masuk ke dalam sistem.
Customer anda akan dibawa ke satu laman di mana mereka akan diminta untuk WhatsApp anda sebagai pengesahan dan pemakluman.
Anda pula akan menerima WhatsApp yang seperti ini:
Anda juga boleh menyemak semula senarai order yang masuk dengan melayari https://nak.ordersiapsiap.my/seller/orders
Saya amat berharap OrderSiapSiap dapat memudahkan anda mengumpul order supaya anda boleh fokus pada bahagian-bahagian lain dalam bisnes anda.
Bagi seller yang belum cuba, CUBA! Jangan tak cuba. Terus ke https://nak.ordersiapsiap.my/register untuk dapatkan akaun percuma anda.
Semoga diMurahkan rezeki dan bisnes anda terus MAJU!.
Kalau ada sebarang kemusykilan atau masalah boleh letakkan dalam ruangan komen.
Terima kasih atas sokongan anda.