Cara Menguruskan Order Secara Berkesan Menggunakan OrderSiapSiap

Assalamu’alaikum.

Dalam penulisan ini saya akan tunjukkan bagaimana anda, sebagai peniaga, boleh menggunakan OrderSiapSiap untuk menguruskan order yang masuk dengan lebih berkesan.

Setiap order baru yang masuk akan disenaraikan dalam paparan “New Orders”.

Terdapat dua tab pada paparan ini. Tab pertama (Locations) menyenaraikan semua order baru disusun mengikut lokasi penghantaran. Manakala tab kedua (Products) pula menyenaraikan order-order anda mengikut produk.

Saya akan menumpukan penerangan saya kepada tab Locations. Anda boleh tekan pada nama customer untuk melihat senarai serta kuantiti produk yang ditempah.

Setelah anda selesai menghantar order customer tersebut, anda boleh tekan pada butang “Done” dan order tersebut akan terkeluar daripada senarai “New Orders”.

Anda juga boleh tandakan order tersebut sebagai “Paid” sebaik sahaja customer membuat pembayaran.

Terdapat 2 kaedah pembayaran yang biasa digunakan oleh customer: online transfer atau COD (Cash-on-delivery). Anda boleh tandakan “Paid” jika customer anda terus membuat pembayaran online transfer selepas membuat order. Bagi customer yang membuat pembayaran secara COD, anda boleh tandakan “Paid” setelah menerima bayaran dari customer.

Anda boleh mengemaskini order customer dengan menekan butang “ellipses” sebelah “Paid” dan “Edit Order”.

Anda boleh membuat panggilan telefon atau memulakan perbualan WhatsApp dengan customer dengan menekan menu di bawah “View Order”.

Anda juga boleh menghantar semula maklumat order tersebut kepada customer anda dengan menekan “Resend Order → Customer”. Ini berguna untuk memaklumkan kepada customer jika anda mengemaskini order tersebut. Anda juga boleh tekan pada “Resend Order → Choose…” untuk menghantar maklumat order tersebut kepada orang lain, contohnya runner anda.

Terakhir sekali, anda boleh batalkan order tersebut dengan menekan butang “Cancel Order”.

Bagi customer yang mengisi alamat, anda boleh gunakan butang “Copy” untuk copy-paste alamat tersebut ke dalam aplikasi Waze atau Google Maps semasa membuat penghantaran. Jika alamat yang dimasukkan oleh customer tersebut tidak lengkap atau tidak tepat, anda boleh mengemaskini alamat tersebut melalui menu “Edit Order”.

Bagi pengguna premium, anda boleh menyusun semula order mengikut laluan penghantaran. Semua order boleh disusun terlebih dahulu mengikut turutan penghantaran. Tekan pada “Sort Order” dan susun order menggunakan butang “Up” dan “Down”.

Satu perkara penting ingin saya tekankan adalah: senarai ini berfungsi secara OFFLINE. Anda masih boleh melihat senarai ini jika anda berada di kawasan dengan sambungan internet yang lemah. Cuba lah, tutup sambungan internet anda dan cuba refresh page tersebut.

Saya berharap panduan ini dapat membantu anda menguruskan order dengan lebih cekap dan teratur.

Kalau ada cadangan atau pertanyaan, boleh masukkan dalam ruangan komen. Terima kasih atas sokongan anda!

Leave a Reply