Cara Mudah Kumpul Order Pelajar Sekolah di Musim Covid-19

Assalamu’alaikum. Bagi membantu meringankan beban cikgu-cikgu sekolah mengumpul order makanan pelajar sekolah, saya ingin menawarkan penggunaan OrderSiapSiap secara percuma.

Dengan OrderSiapSiap, pelajar boleh membuat tempahan sendiri dan cikgu hanya perlu serahkan senarai makanan terus ke pengusaha kantin. Kiraan jumlah dan bilangan order juga boleh dicapai dengan mudah. Kalau ada yang berminat boleh daftar menggunakan link ni: https://nak.ordersiapsiap.my/r/3pl390mo9soy

Selepas mendaftar anda boleh mula masukkan menu-menu yang pengusaha kantin tawarkan.

Kemudian masukkan kelas-kelas di sekolah anda sebagai lokasi penghantaran. Pelajar akan pilih kelas mereka masing-masing ketika membuat tempahan.


Kongsikan link sekolah anda di group WhatsApp atau mana-mana tempat hebahan yang anda gunakan.

Para pelajar boleh membuat tempahan melalui link tersebut.


Pelajar perlu memilih kelas mereka.

Masukkan maklumat mereka dan tekan “Confirm Order”.

Setelah pelajar membuat tempahan, anda boleh mencapai senarai order yang masuk di menu “Orders –> New Orders”.

Senarai tempahan mengikut produk pula boleh dicapai di tab “Products”.

Anda boleh kongsikan senarai tersebut dengan pengusaha kantin melaui menu “Share List”.

Semoga OrderSiapSiap dapat mengurangkan beban cikgu-cikgu. Kalau berminat bolehlah mendaftar di: https://nak.ordersiapsiap.my/r/3pl390mo9soy

Terima kasih

Leave a Reply