[Feature] Schedules – Tambah Order Slot Secara Automatik

Assalamu’alaikum.

Sering kali seller yang menggunakan slots untuk menguruskan order terpaksa tambah slot setiap hari. Ada juga yang terpaksa ditambah lebih daripada sekali sehari.

Setelah meniliti masalah ini, saya telah menambah feature “schedules”. Feature ini membenarkan seller menambah slot secara automatik.

Fungsi schedules boleh dicapai melalui menu Slots –> Schedules.

Anda boleh tentukan hari-hari yang anda ingin tambah slot serta beberapa maklumat lain:

  • Order terakhir
  • Waktu penghantaran bermula dan berakhir
  • Waktu slot bermula

Setelah anda tambah schedule anda, slot akan ditambah oleh OrderSiapSiap secara automatik.

Saya harap dengan feature ini, kerja-kerja manual seller dapat dikurangkan.

Macam biasa, kalau ada masalah atau maklum balas jangan segan-segan contact saya. Terima kasih kerana menggunakan OrderSiapSiap.

Leave a Reply