[Feature] Slots v2! Case Study: Sweet Tooth Bakery

Sweet Tooth Bakery by Aisyah

Assalamu’alaikum. Dalam hantaran ini saya akan memperkenalkan penambahbaikan feature Slots dan bagaimana Aisyah, seorang usahawan produk-produk bakery, Sweet Tooth Bakery, menggunakan feature tersebut untuk menguruskan order secara preorder dan ready-stock.

Aisyah menyediakan 2 jenis produk:

  • Produk Preorder – customer perlu membuat tempahan satu hari awal.
  • Produk Ready-stock – produk-produk dalam kategori ini biasanya boleh dibeli terus di kedai secara pick-up.

Aisyah menjual Cinnamon Buns dan Kek Batik secara preorder. Pelanggan perlu membuat tempahan awal sehari kerana produk-produk tersebut memerlukan masa untuk disediakan. Kaedah preorder juga membenarkan Aisyah untuk merancang masa dan pembelian bahan mentah dengan lebih baik.

Pada masa yang sama, para pelanggan boleh juga mendapatkan Chocolate Chip Cookies dan Oat Biscuits di Sweet Tooth Bakery pada bila-bila masa di kedai.

Bagi produk-produk preorder, Aisyah akan membuat penghantaran pada hari Selasa, Rabu dan Khamis setiap minggu. Tempahan yang dibuat selewat-lewatnya pada hari Isnin akan dihantar pada hari Selasa, kemudian tempahan pada hari Selasa pula akan dihantar pada hari Rabu dan seterusnya.

Macam Mana Aisyah Buat?

Aisyah memasukkan keempat-empat produk beliau ke dalam OrderSiapSiap.

Disebabkan Cinnamon Buns dan Kek Batik hanya boleh dibuat secara preorder, kedua-dua produk tersebut tidak diaktifkan.

Kemudian Aisyah memasukkan slot-slot preorder untuk minggu tersebut di ruangan Slots.

Dalam contoh slot di atas, waktu terakhir pelanggan boleh membuat tempahan adalah pada jam 12 malam hari sebelumnya. Pelanggan juga boleh memilih daripada kesemua produk Sweet Tooth Bakery dalam slot tersebut.

Pelanggan Wajib Pilih Slot?

Kemudian Aisyah menyahtandakan pilihan “Mandatory” supaya pelanggannya dapat membuat tempahan untuk produk-produk ready-stock pada bila-bila masa. Jika “Mandatory” ditandakan, pelanggan wajib memilih slot ketika membuat tempahan. Tetapan sebegitu sesuai jika Aisyah hanya menerima tempahan secara preorder.

Apabila pelanggan Aisyah pergi ke kedai online beliau, mereka boleh terus membuat tempahan produk ready-stock dengan memilih “Order Now” pada Delivery Time (slot).

Untuk membuat tempahan produk-produk preorder pula, pelanggan beliau perlu memilih salah satu daripada Delivery Time yang ada ketika membuat tempahan.

Pelanggan boleh terus memilih produk yang ingin ditempah dan “Checkout” order mereka.

Diharapkan, dengan penambahbaikan feature ini, seller-seller dapat merancang preorder dengan lebih baik. Semoga DiMurahkan rezeki.

Terima kasih atas sokongan anda.

Leave a Reply