[Feature] Susun Order

Assalamu’alaikum.

Halim menjual Nasi Lemak online. Beliau juga menyediakan perkhidmatan delivery mengikut kawasan.

Setiap hari Halim akan kumpul order customer untuk hari berikutnya. Pada esoknya pula Halim akan siapkan order customer, lepas tu susun dan keluar untuk membuat penghantaran.

Untuk mengelakkan daripada pusing jauh, Halim akan menyusun dahulu order mengikut laluan penghantaran. Halim akan menyusun order supaya setiap penghantaran adalah dalam laluan yang sama.

Sebelum ini, Halim akan menyalin semula order ke dalam Excel kemudian menyusun setiap order.

Namun dengan feature Premium: Susun Order, anda boleh menyusun order terus dalam OrderSiapSiap.

Saya berharap feature ini dapat membantu seller, terutama sekali yang membuat penghantaran sendiri, menyusun order dengan mudah.

Sebarang pertanyaan atau cadangan boleh masukkan dalam ruangan komen. Terima kasih atas sokongan anda!

Leave a Reply