Halim biasa menerima order melalui OrderSiapSiap. Selepas customer confirm order, Halim akan menerima WhatsApp daripada customer. Halim akan menyediakan order customer berdasarkan WhatsApp yang diterima.
Namun apabila Halim membuka paparan senarai order yang masuk dalam OrderSiapSiap, beliau mendapati terdapat beberapa customer yang tidak meneruskan proses penghantaran WhatsApp. Halim tidak memproses order-order tersebut.
Dengan feature WhatsApp Log, Halim boleh melihat order-order yang WhatsApp tidak dihantar dan follow up dengan customer untuk confirm.

Tip: Anda juga boleh link akaun Telegram anda. Setiap kali order baru masuk anda akan terima notifikasi di Telegram.
Untuk link akaun Telegram, anda boleh ke menu “Telegram” atau buat capaian ke https://nak.ordersiapsiap.my/seller/telegram

Saya berharap agar feature ini akan membantu anda sebagai seller daripada terlepas pandang order customer.
Sebarang pertanyaan atau cadangan boleh masukkan dalam ruangan komen. Terima kasih atas sokongan anda!