Database Customer

Assalamu’alaikum. Saya faham bahawa sumber pendapatan utama penjual makanan adalah daripada “repeat customers”. Maka amat penting untuk anda sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan customer anda. Dengan ini saya ingin memperkenalkan menu “Customers” untuk anda lihat senarai semua customer yang pernah order dengan anda.

Senarai tersebut disusun mengikut amaun yang mereka belanjakan dengan anda. Customer yang teratas adalah yang paling bernilai.

Anda juga boleh melihat bilangan serta perincian setiap order customer anda.

Melalui menu di bahagian kanan paparan, anda boleh terus contact customer tersebut. Mungkin boleh ucapakan “Terima kasih” 🙂

Sekiranya ada cadangan atau persoalan jangan segan-segan hubungi saya atau ajukan terus di ruangan komen.

Terima kasih guna OrderSiapSiap!

Leave a Reply