Apa beza premium dengan free ye?
Beza premium dan free adalah pada bilangan order yang boleh diterima dalam masa sebulan dan beberapa fungsi tambahan. Tiada had order dikenakan bagi akaun premium.
Apa yang akan berlaku kalau order dah sampai had?
Customer anda masih boleh masuk ke page anda dan lihat produk anda, tetapi tempahan akan melalui WhatsApp terus ke anda. Order form tidak lagi berfungsi.
Untuk terima lebih banyak order anda boleh:
- Tunggu bulan depan, had order akan dikosongkan setiap bulan atau
- Upgrade ke akaun Starter yang membenarkan anda menerima order sebanyak 400 sebulan atau
- Upgrade ke akaun Premium dan tiada had order dikenakan.
Bayaran perlu dibuat setiap bulan ke?
Ye. Anda juga boleh membuat bayaran untuk setahun terus dengan kadar bayaran bulanan yang lebih rendah.
Bagaimana saya nak buat bayaran ye?
Bayaran boleh dibuat ke akaun Maybank berikut:
Account No.: 551306532091
Name: Pemohon Maju Enterprise
Resit boleh dihantar melalui WhatsApp di https://wa.me/60177165025
Akaun anda akan diaktifkan setelah pembayaran disahkan.
Kalau dah habis tempoh premium saya terus tak boleh guna ke?
Setelah tempoh akaun berbayar anda tamat, anda akan diberi tempoh 3 hari untuk membuat bayaran untuk bulan seterusnya.
Jika pembayaran gagal dibuat dalam tempoh tersebut akaun anda akan ditukarkan ke pelan Percuma. Jangan risau, produk dan order-order anda masih disimpan.
Boleh ke saya guna OrderSiapSiap untuk uruskan pre-order?
Boleh. Anda boleh gunakan feature Slots. Feature ini ada dalam pelan Premium sahaja.
Apa beza pelan Starter dan Premium?
Pelan Starter sama seperti pelan Percuma, cuma had order dan bilangan produk aktif adalah lebih banyak.
Pelan Premium pula tidak mengenakan sebarang had order dan produk.
Kat mana saya boleh share link saya ye?
Anda boleh share link anda di mana-mana sahaja anda iklankan produk anda, samada di media sosial, WhatsApp atau Telegram.
Kalau order masuk saya akan dapat notification ke?
Anda akan menerima WhatsApp daripada customer apabila mereka confirm order mereka. Walaubagaimanapun terdapat customer yang tidak meneruskan proses penghantaran WhatsApp. Namun notifikasi melalui emel juga akan dihantar.
Anda juga boleh menerima notifikasi melalui Telegram. Akaun Telegram anda perlu link dengan OrderSiapSiap terlebih dahulu.
Boleh saya dapat payment secara online terus ke?
Kami masih dalam proses menimbang penggunaan Payment Gateway untuk OrderSiapSiap kerana kos tambahan yang akan dikenakan oleh pihak provider kepada penjual.
Jika anda rasa feature ini sangat penting, jangan segan hubungi saya di: https://wa.me/60177165025
Kalau dah “Done” order, order tu hilang ke?
Jangan risau, order anda tidak hilang. Semua order yang masuk anda boleh semak di menu “Order History”.
Kalau ada lagi soalan yang saya tak jawab di sini atau ada cadangan penambahbaikan, boleh hubungi saya di https://wa.me/60177165025.
Terima kasih atas sokongan anda.